share this

Sunday, June 23, 2013

arigato & sayonara

Hari ni aku sangat pasif..nak kata aku takde keja, minggu depan paper final dah start. supposedly aku pegi study. tapi lain plak yang aku buat..sepanjang hari aku tido. tau kenapa? sebab semalam aku bantai lepak dengan budak rumah sampai pukul 6 pagi! ceritanya macam ni..semalam cuti study week aku dah start..so aku pun rasa macam nak release tension sangat dan sangap sangat nak karok sebab lama tak melalak. sumpah aku sangat tension minggu2 terakhir ni..kena submit assignment, kejar masa, test lagi, presentation lagi..dengar macam biasa tapi pressure tu ya ampun!!! so semalam semua azab tu kira dah habis la. aku pun decide ajak kawan karok...dalam pukul 10.30 lepas makan kitorang gerak pegi kbox yang kitorang selalu pegi. beli 2 jam, dapat 1 jam free..sape taknak kan! dah berminggu dok stres bila ada masa nak lepaskan segala tension tu memang aku takkan tolak. 3 jam karok macam2 lagu kitorang nyanyi..paling best si jeff nyanyikan lagu untuk aku..bapak la sweet! lagu lionel richie "hello". dah la suara best..aku macam biasa nyanyi lagu love bug jonas brothers tu..then dalam banyak2 lagu tu rasa nak nyanyi lagu chakra khan, harus terpisah. aku nyanyi sampai suara pecah..LOL!
dah habis 3 jam melalak tu dalam pukul 2 pagi kitorang pegi duduk kat pantai..jerebu2 pun buat aktiviti outdoor..kau ade! dalam 30 minit borak2 tiba2 angin kuat plak..jerebu makin tebal..so kitorang pun blah. sampai rumah terus ingat nak basuh baju..aku memang biasa basuh baju pagi2. senang, tak ramai orang. aku jenis tak suka tengok orang ramai2 ni..kecut! haha..so dalam pukul 3.30 aku turun la basuh baju dengan 3 orang housemate..si fiezan, jeff n mamu..diorang ajak pegi mamak sementara tunggu baju siap. so aku ikut je la..order roti kosong. lama gila tak makan mamak sebab tau nanti mesti aku tercirit lepas makan..memang betul pun.balik umah aku terus masuk toilet. masa duduk lepak kat mamak tu macam2 la kitorang borak. cerita lama masa mula2 kenal dulu semua keluar..rasa sebak plak tetiba. nak dijadikan cerita kitorang sekarang sama2 sem 5..tapi diorang sem ni last ada kat sini. masa sem 6 kena praktikal. so basically ni la last time kitorang akan jmpa, borak2, mesra gitew..sedih nak berpisah. borak punya borak tak sedar jam dah pukul 6..jerebu semua kitorang tolak belakang sebab nak borak punya pasal. dalam pukul 6 tu baru kitorang gerak balik umah..aku terus pegi mandi, pastu tido..sedar2 dah pukul 12..tapi ngantuk lagi, sambung tido sampai pukul 6 petang..memang nice sangat. 

Next week kitorang dah start final paper..aku start jumaat(28jun). ada yang start rabu. harap sangat sem ni aku boleh improve pointer..taknak la asyik nak static je..after all aku dah buat yang terbaik through out sem ni. nak kata struggle sangat tu tak la, tapi aku buat jugak apa yang aku mampu. Sem ni  aku punya last paper kena kat bulan puasa..tak tau la macam mana nanti. tak pernah2 kitorang kena menghadapi final exam dalam bulan puasa. nak tambah lagi dugaan bila habis je final tu aku kena praktikal plak kat resort kat melaka ni. raya pun aku tak tentu boleh balik..hopefully mental aku kuat nak handle semua nanti..so to all my friends yang nak final next week, i wish u all good luck. most of you are not going to be here next sem. i'm gonna miss u all..korang dah jadi roommates aku, housemates aku, kawan aku yang paling best! 5 sem kenal korang memang rasa tak cukup..nanti kita punya last meeting jangan buat aku nangis k! good luck practical..insyaallah lepas ni kita jumpa lagi masa konvo!

really gonna miss you guys!

p/s too bad mirul, faiq n lain2 takde masa lepak semalam..

 
thank you for visiting my blog