share this

Wednesday, April 13, 2011

aku yang dot...dot...dot...


di suatu pagi yang sepi, aku menaip entri ini...sambil mendengar lagu "trouble is a friend" dendangan lenka. "sungguh merdu suaranya", bisik hatiku. rakan2ku pula ada yang membuat kerja yang separuh siap, ada pula yang sedang sibuk menyidai baju2 yang baru diangkat dari mesin basuh yang berada tidak jauh dari tempat kejadian(rumah). sesungguhnya mesin basuh yang telah berusia entah berapa tahun itu amat berjasa kepada penduduk kolej. dengan bayaran sebanyak rm2.50, baju2 akan siap dicuci dalam masa 45 minit. tambahan rm2.00 akan mengeringkan terus baju2 tersebut lantas kami tidak perlu menyidainya lagi. pun demikian, mesin pengering yang disebut tadi sudah rosak menyebabkan kami perlu juga menyidai baju2 berkenaan sendiri.


amboi...panjang benar ceritaku tentang mesin basuh. berlih pula ke topik seterusnya. namun begitu aku tidak tahu topik hangat masa kini dan otakku yang blank menyulitkan lagi keadaan. setelah ku perah2kan otakku, namun tiada juga hasilnya. yang ada hanyalah hampas, hampas yang berkualiti tinggi. fuhhh...sungguh bernilai hampas otakku. lebih2 lagi pagi2 begini...

giliran katy perry pula mendendangkan lagunya untukku, "i kissed a girl, and i liked it....".begitulah seperti kata perry dalam lagu berkenaan. bukan niatku untuk menyebarkan unsur 18sx dalam blog ini, tapi hanya untuk menambah perasa hangat seperti maggi hangat berapi...tapi sebenarnya tidak la terlalu hangat, hanya suam2...siapakah yang faham kata2ku ini? aku sendiri tidak berapa faham. tapi tidak mengapa, aku hanya mahu membuat entri ini panjang...

sebagai kesimpulan, pagi ini sangat membuatku rasa boring dan teringin membuat sesuatu yang berfaedah...oleh sebab itu aku meng-update blog yang telah lama bersarang...

setakat inilah saja ucapan saya, sekian terima kasih...!mmmuahhh....luv uoollllsssss!!!
one word... BITCHES!!!

0 comments:

 
thank you for visiting my blog