share this

Monday, May 28, 2012

trip yang "aku ade...kau ade???!"


ok, aku baru sampai umah...
errrr...umah kat melaka la,
baru balik dari trip ke Dungun,
fuhhhh...bapak penat!
aku meluangkan masa sebanyak 12 jam yang bersamaan separuh hari ni duduk dalam bas!
tak pernah aku buat sebelum ni.
tak biasa sangat naik bas lama2,
maklumla tak selalu traveling guna bas(statement anak manja sangat)
aku cepat mabuk laaa...
tak suka!

ok, nak cite pasal trip pulak!
actually trip pegi dungun ni sebab ada kelas kat uitm dungun memandangkan kat sana ada hotel,
kononnya senang la kitorang nak observe and learn macam mana diorang buat keje (housekeeping & front office)
tapi sampai sekarang aku musykil sangat2!
kejap lagi aku cite k...
kat bawah ni aku sertakan itinerary kitorang(mostly aku) masa trip tu...

1st day(khamis)
pagi tu seawal pukul 6 kitorang dah terpacak kat depan library(malam tu aku tak tido, bajet nak tido dalam bas je, tapi harammmm)
sebelum bertolak tu ade la breakfast...air mineral 1 malaysia dengan roti high-5(aku dapat perisa jagung, tapi tak abis pun) dan jugak cup cake perisa cokelat.
*pagi tu ujan(memang tak best! sejuk luar bas, dalam bas pun sejuk!)
dah on the way tu aku perasan yang kitorang tak masuk highway,
kitorang guna jalan kampung! OMG!!!
jalan beralun, bengkang-bengkok...(dalam hati aku tak abis2 cakap "abis la mabuk!!!")
tak lama lepas tu, pappp!!! kepala aku pening...loya2...rasa nak muntah tapi aku tahan.
sampai satu tahap aku sumbat roti high-5 perisa jagung yang aku belum makan kat dalam mulut...
tapi nak kunyah pun dah susah, apa lagi nak telan...payah!!!
rasa macam nak keluar balik...(sebab tu roti tak abis)
tapi tak lama lepas tu kitorang singgah kat petronas...nak kencing.
aku ambik kesempatan beli asam...bagi lega sikit perut.
lepas tu bas pun gerak lagi.
tapi baru gerak kejap dah berenti...driver pegi minum+breakfast.
so aku pun pegi la minum milo panas kat gerai berdekatan jugak...(masa minum tu kawan terpijak najis kucing, lalu berbaulah kawasan sekitar tu)
then bas pun meluncur lagi sampai kat kawasan yang aku agak dah dalam hutan.(tak tau sangat area mana)
tengah hari sikit kitorang dah sampai kat jalan kecik(keliling hutan) sampai la nampak sign board "pusat pemuliharaan gajah kuala gandah"
tapi sebelum pegi kuala gandah tu diorang singgah deer land...(dekat je)
nak masuk deer land kena bayar RM5...taknak aku!tengok rusa pun kena bayar...wekkkk!!!
sejam lepas tu kitorang pun gerak pegi kuala gandah...
sampai2 je kitorang bantai bergambar,
lepas tu cari makanan sebab lapar yang amat!
sampai tertinggal kat belakang...
gajah dewasa ada 3 ekor je(berdasarkan pemerhatian aku)
tak tau yang lain dah pegi mana.
pastu ada sekor anak gajah...
aku tengok je diorang bagi makan, pastu naik atas gajah bagai,
sebab dapat stiker "melawat sahaja"
diorang dapat stiker "melawat sambil membuat aktiviti"
tak adil!!!
tapi tak kisah pun...HAHAHA
lepas tu diorang mandi pulak dengan anak gajah...
paling kelakar,
gajah tu boleh berak masa mandi!
dah tu orang2 yang mengerumuni gajah tu masih buat selamba, stay kat situ...seronok je!
najis tu diorang just tolak guna air...
aku tengok dan sebut..."iewwwwwwwwwwwwwww!!!"
*part ni aku pelik. apa motif diorang pegi kuala gandah ni???hanya Tuhan yang tau...
petang tu singgah pulak kat R&R...
makan!lapar sangat!!!
kat R&R tu aku nampak gerai yang jual ikan je...
alangkah bestnya kalau aku boleh pindahkan kedai tu kat kolej ni...
tak payah la susah2 nak cari ikan(tak makan ayam+daging punya pasal)
one thing lets to another,
pung pang pung pang malam tu dalam pukul 9 kitorang sampai kat uitm dungun...
sampai je dungun dah ujan dah(macam taknak kitorang datang je)
lepas tu check-in la kat kolej,
aku dapat bilik bawah,
duduk 3 orang je,
bilik lain semua 4 orang...heaven!!!
malam tu tak buat ape pun...lepas makan terus tido. penat!!!

hari 2nd(jumaat)
pagi ni aku bangun awal sebab ada kelas pukul 10,
so lepas mandi terus siap2...
turun awal lagi...(semangat gitewww!)
sampai je kat hotel kitorang dibawak pegi guest room...
nak tunjuk macam mana diorang bersihkan bilik...(diorang bersihkan bilik sekali dengan ajar kitorang...sambil menyelam minum air)
ok, kelas 30 minit je, dah abis!!!
balik kelas tu aku tido...
masa aku tido tu member aku(yang study kat uitm dungun) datang,
tapi dia tak pegi bilik aku pun!
dia pegi bilik sebelah...
siap tanya aku duduk bilik mana, tapi tak datang pun!!!nanti kau fill!!!
pastu cakap aku dah terlambat plak...(salahkan aku plak ye!)
haaa, masa tunggu kelas tadi kitorang bergambar kat luar...
pre-wedding photoshoot! WAKAKAKAKA
petang tu kitorang ramai2 lepak kat pantai...bergambar lagi!(wajib sangat)
buat lagi pre-wedding photoshoot...

pre-wedding pic 1

model laki tak lain tak bukan...
yours truly... :p

pre-wedding pic 2

pastu kitorang merayau carik makan,
beli keropok lekor, bayam goreng, goreng pisang, sate ikan...semua aku beli!
lepak sampai petang...best!!!
nak dekat tengah malam diorang ajak lepak,
duduk ramai2 kat luar, bergosip!
main "truth or dare"
tengah nak main 2nd round tiba2 pak guard datang, halau masuk bilik...pffftttt!!!
so balik tido je laaa...~~

3rd day
aku bangun nak dekat tengah hari...
sebab kelas pukul 3...
duduk2 buat bodo tiba2 dah pukul 2...
so aku pegi mandi n siap2 nak pegi kelas.
kelas front office!
agak boring dan lama sebab org yang ajar kitorang dok sibuk ajar org sebelah dia jugak(trainee kot)
abis je kat front desk, kitorang meluru pegi restoran nak blaja POS system...kejap je(Alhamdulillah)
petang tu lepak pantai lagi(takde tempat lain nak lepak)
pegi makan kat warung...makan ABC, ABJ, mee goreng, mihun sup...dan banyak lagi!
dah gelap baru balik...
tak lama lepas tu pegi pulak restoran yang tempat belajar tadi,
konon nak makan cheese cake,
order la americano cheese, tapi tak sedap!!!
yang lain order ape ntah...aiskrim goreng la, spagetti la....
malam tu pun lepak lagi...gosip lagi...bising lagi...
tapi kali ni tak kena halau dengan pak guard.

muka kaki lepak(sorry blur)

kitorang balik bilik dengan rela hati...mengantuk dan tido sebab esok nak bangun awal.

hari last
aku bangun pukul 7...
terus pegi mandi!
siap mandi packing barang,cek kalau ada yang tinggal...(takde kot)
pastu keluar la tunggu bas...
sebelum bertolak kitorang breakfast dulu...

kenyang tak???

tak makan pun

then meluncur la bas tu pegi Kuala Terengganu...
sampai2 je kitorang terus pegi pasar payang...shopping!
aku beli errrrr....(taknak bagitau la.malu)
shopping pun kejap je, terus gerak balik...
tapi dalam perjalanan balik tu sangat banyak tempat kitorang singgah...
beli roti paung la, makan sata la, makan burger la...ishhh
asyik makan je!
daam bas aku try tido,
tapi kepala pening lorhhh...
tak boleh tido,
pasang plak cite avengers dalam bas...
memang tak tido la aku.
sampai la kat melaka...
 *sampai kat umah aku terus bukak beg, cek laptop sebab simpan kat bawah.nasib baik takde pape

p/s overall aku happy dengan trip ni. tak boring pun. kelas pun macam takde kelas. chill je.
part paling best masa buat pre-wedding photoshoot... :)




5 comments:

Anonymous said...

bestnye......

Anonymous said...

bestnye......

encik kacang said...

agak best..haha

Anonymous said...

ha3 ok

encik kacang said...

bab lepak pantai petang2 tu je yang best....

 
thank you for visiting my blog