share this

Monday, August 9, 2010

human trafficking


"human trafficking"...apa maksudnya?kalau nak diterjemahkan secara direct memang ramai yang akan cakap maksudnya kabanjiran manusia. tapi maksud sebenarnya ialah pemerdagangan manusia. kalau zaman dulu amalan perhambaan adalah dihalalkan dalam masyarakat, tapi berbeza dengan sekarang. isu ini semakin menjadi perhatian dan sememangnya merupakan satu jenayah besar kerana ia melibatkan jumlah mangsa yang ramai. terfikir juga kenapa jenayah sebegini semakin menjadi-jadi? teringat pula filem P. Ramlee, Tiga Abdul. dalam satu babak filem tu, salah satu watak, Husin Lempoyang, saudagar unta leher panjang mengatakan "dunia-dunia, berniaga manusia lebih bagus daripada unta"..agaknya dialog berkenaan menjadi pembakar semangat untuk penjenayah melakukan aktiviti haram berkenaan. tapi apa yang tidak mereka fikirkan ialah peredaran masa. kalau dulu takpe la, tapi sekarang ia dah tak relevan. satu lagi persoalan besar ialah macam mana mangsa boleh manjadi mangsa?takkan mereka dengan rela hati nak kena jual.langsung tak logik.kalau nak cakap mereka nak cari duit tak juga memandangkan lepas dijual, walaupun mereka mendapat kerja, mereka tidak akan dibayar. jadi, apakah isu disebaliknya???fikir-fikirkanlah...

0 comments:

 
thank you for visiting my blog