share this

Friday, August 6, 2010

langkah menuju kejayaan


Ketika anda mulai untuk mengambil tindakan menuju tujuan dan impian anda, anda harus sedar bahawa setiap tindakan tidak akan sempurna. Tiada setiap tindakan akan menghasilkan sesuatu yang anda diinginkan.. Tiada setiap tindakan akan terjadi seperti yang anda impikan. Kadang-kadang membuat kesalahan, hampir mendapat, dan percubaan untuk melihat apa yang terjadi adalah sebahagian dari proses untuk akhirnya mendapatkan sesuatu dengan tepat, sesuai dengan impian.Ada pepatah mengatakan, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Tapi perlu kita ingat bahawa kejayaan bukan harus bermula dari kegagalan.

Kejayaan yang anda dapat boleh terjadi hasil dari renungan, pemikiran yang dalam, sebelum anda melaksanakannya. Tips dalam meraih cita-cita dan impian :

  1. Kenali kemampuan dan cita-cita anda. Ini adalah langkah paling awal dari pencapaian cita-cita.
  2. Fokus pada tujuan. Fokus, penting untuk diterapkan. Jika seorang petani mengejar ayam 2 ekor sekaligus, maka tidak satu ekorpun yang ia dapat. Yang ia dapat hanya kelelahan. Fokus dan konsentrasi, langkah perlangkah untuk menuju cita-cita itu.
  3. Terus asah bakat. Setelah konsentrasi, seterusnya adalah mengasah apa yang telah dipelajari.
  4. Berani mencuba sesuatu yang baru. Jangan takut untuk mencuba. dalam mencuba pasti ada jatuh nya. Tapi jangan dilihat berapa kali anda jatuh, melainkan seberapa banyak kamu anda bangkit.
  5. Tekunlah berlatih. Orang yang tidak pintar, tapi belajar, lebih baik daripada yang pintar tapi tidak belajar. Lebih baik lagi jika pintar dan belajar.
  6. Belajarlah dari orang barjaya. jika anda bercita-cita menjadi presiden, anda membayangkan imej seprang presiden seperti apa yang anda inginkan.
  7. Berdoalah dan tawakal selalu. Agar hidupmu tenang, berdoalah.
  8. Mintalah doa dari orang-orang yang kita cintai dan disekeliling kita..

0 comments:

 
thank you for visiting my blog