share this

Wednesday, June 20, 2012

CINTA...itu bukan untuk aku


cinta cinta cinta!
tak abis2 cinta,
semenjak dua menjak ni aku dibelenggu masalah cinta,
dilema sangat,
stress tau!
stres sebab bukan aku yang bercinta!
kiranya aku adalah mangsa yang tersepit dicelah-celah masalah cinta orang.
boleh tak macam tu?kekekeke...
tapi sumpah ramai orang keliling aku yang ada masalah cinta lately,
musim krisis cintan cintun kot.
kat FB penuh status cinta, jiwang2, miss u, love u ieww ieww punya status,
kat twitter sibuk tweet pasal hati dan perasaan, kena tinggal la, punah harapan la, frust la...
ish ish ishhh...
tak masuk lagi yang berlaku live kat depan aku.
pun ade kot...
kapel sana sini,
dating hari2,
koling berjam tiap2 malam...
hmmmm...sabo je la aku.
takde kapel ni boleh tengok je la...ye dop!
sampai FB aku pun penuh status maha jiwang, jeles dan dok kutuk2 orang berkapel...saje nak kena bahan!
HAHAHA...

motif aku nak buat status love2 ni?
selain menghilangkan resah aku nak jawab test esok,
motif aku buat entri ni just nak bagi nasihat sikit.
yela aku mengaku aku takde pengalaman bercintan-cintun tahap mambang perigi,
tapi aku tau la sikit kan...pengalaman & pemerhatian kot.
tak salah nak bercinta, tapi berpada-pada la,
hal kapel ni bukan nak kata tak boleh serius,
tapi kalau setakat kapel tak payah la nak over-over kan,
sampai penuh Timeline post pasal relationship yang diorang ingat "sweet" tapi padahal "sour" dimata orang.
over sangat!
upload gambar gedik2 ngan kapel,
ingat orang suka la?
kalau sebijik dua takpe jugak,
ni dah penuh timeline tau tak!
naik menyampah tengok!
tak tau la orang tapi kalau aku, aku memang menyampah tahap gorilla nak berak bata,
kenapa aku cakap macam ni?
ohhh aku jeles ke???
sumpah tak!
aku peduli ape kalau aku single pun,
janji aku happy,
yang aku tengok kapel2 gaduh2,
siap merayu kat FB kata "please don't leave me s****g"
OMG! please la...
sampai personal problems pun masuk FB ape kes???
aku suka perbesarkan hal kecik?
ehhh sukati aku la!
rasa ni ludah2 kat blog ni?
ludah le...
tak kisah pun.
skrin korang jugak yang bau air liur,
korang jugak yang kena bersihkan,
aku chill je...
bla bla bla..

wahhh...macam marah je bang! rileks la bang...ishhhh
aku tak marah ok!...
bila tengok orang kapel tapi ada pasangan yang ambik kesempatan ni aku rasa bertanggungjawab pulak.
ambik kesempatan macam mana tu?
yela, dah ada orang suka kat dia,
ikhlas pulak tu,
boleh pulak dia gunakan orang tu untuk kepentingan dia...
tak kisah la dari segi apa.
yang aku tau aku rasa nak slow talk dengan orang yang kena peralat ni,
tapi masalahnya aku tak tau nak cakap apa.
aku bukan doktor cinta...ohhh
tapi tak baik la peralat orang ni...
yang sorang ni pun satu,
lurus sangat apehal?
excited sangat ada kapel?
excited takpe asal jangan terlebih excited sampai diri jadi mangsa...
banyak lagi masa beb,
sure jodoh kat tangan DIA,
memang betul kita kena usaha cari the one for us,
tapi sometimes kita kena let it flow naturally, slowly, and not to try too hard on it,
kalau dah jodoh takkan kemana,
kannnn...?
fikir2kanlah...

orang jadi bodoh bila bercinta.
betul ke?
yup, i think so...
hari ni korang takde BF/GF,
esok korang dapat sorang,
lusa korang break,
cuba bandingkan diri korang masa belum ada kapel, masa tengah berkapel, dan masa lepas berkapel.
ada beza tak? i bet ada...
after break baru korang fikir kenapa korang menjerumuskan diri dalam cinta bagai?
sedangkan masa single dulu korang dah happy.
cuba ingat balik benda yang korang buat untuk kapel korang masa bercinta,
korang rasa sweet?
yup, mula2 memang sweet lama2???who knows...
either korang yang berubah hati atau kapel korang yang dah muak dengan korang,
masa tu baru rasa bodoh sangat buat semua benda yang korang anggap "pengorbanan cinta" masa kapel tu.
berbelit pulak aku cakap..
anyway, try break dulu baru korang tau macam mana.
tapi kalau hubungan tu kekal,
ALHAMDULILLAH...

lastly aku nak cakap,
bukan tak percaya cinta,
aku bukan taknak bercinta langsung,
tapi love can wait man...
kalau hidup just nak menikmati cinta dari dulu aku dah kawin.
dah beranak sepuluh kot sekarang(subur sangat)
tapi chill la...nak sara anak orang tak mampu lagi tak payah mimpi nak kawin,
nak belanja awek pun fikir 10 kali.
yang dah puas bercinta tu untung la dah banyak pengalaman,
jadikan pengalaman tu untuk jadi lebih matang dalam hubungan,
yang sedang bercinta tu aku doakan korang bahagia, kekal lama,
kalau boleh sampai jinjang pelamin apa salahnya...INSYAALLAH.


sekian...

p/s tak sangka sangat aku boleh buat entry macam ni...panjang plak tu :)


0 comments:

 
thank you for visiting my blog