share this

Saturday, June 23, 2012

MERDEKA!!!

hari ini...ya HARI INI!!!
aku merdeka!!!
rasa macam sebijik batu besar yang jatuh dan melekat kat kepala aku dulu dah tiba2 jadi ringan.

aku dah bukan lagi dalam kadet bomba! YAHOOOO!!!
seronok sangat...
buka tak suka berpanas kat padang tiap2 minggu,
kawad la, praktikal gulung2 hos la, sembur air la...
best la jugak tapi aku dah puas.
orang kata kalau dah puas dengan satu2 benda better beralih kat benda lain.
takut nanti benda tu tak jadi sebab kita buat tak ikhlas...(yela tu)
aku rasa ramai member2 aku yang happy hari ni.
nampak sangat ramai yang tak sabar nak abiskan bomba dan kesatria ni.
sejak semester 1 kitorang stuck,
bersabar,
menunggu,
mengharungi,
bertahan...dan banyak lagi la!
akhirnya hari ni semua tu dah berkhir!

ok la...
cukup la dengan kisah tu.
taip banyak2 nanti orang cakap aku anti sangat dengan kadet bomba kan.
so, stop right there!
haaa...
ni lagi satu benda yang menggembirakan aku.
semalam aku baru khatam kitab bahasa perancis.
pun akhirnya!!!
bebas jugak kan.
dah 3 sem jugak aku sangkut2 nak khatam kitab ni.
so sekarang dah tammat da.
setakat bonjour, au revoir tu celah gigi je.

tapi satu lagi yang buat aku saspen sebelum nak duduk final minggu depan.
kitorang punya BEL... :(
nak kena redo la semua outline, nak buat lagi essay, betulkan citation bagai.
sumpah banyak duit abis kat benda alah ni.
bukan nak kata tak sanggup berkorban,
tak kisah pun,
tapi kalau tiap2 minggu tunjuk benda baru tapi asyik kena reject memang lama2 fedup la.
sumpah penat dengan subjek yang satu ni.
patutnya dah boleh chill da,
nak concentrate final paper je lagi,
tapi down sebab benda ni.
sorry sir,
kitorang memang tak tau buat macam yang sir nak,
tapi kitorang buat yang terbaik.
(janji jangan failkan kitorg...ngeh3)

ok, kelas last pun dah abis.
aku ngan dak kelas dengan pantas menuju kedai makan,
nak makan ramai2,
sampai2 je akak ambik order terus pening,
sorang nak cari tempat duduk,
sorang lagi susun meja,
sorang lagi sibuk order burger kat gerai sebelah,
order air pun ambik masa 20 minit.
order makan memang lagi lama la.
fuhhhh...
sambil makan borak la ngan diorang,
banyak gak story.
lepak sampai 12 tgh malam.
ni la yang best hidup kat bandar macam ni.
dah tengah malam pun orang2 dia masih celik,
belum tido...
sekeliling pun belum lagi mati,
so nak lepak sampai pagi pun memang takde masalah.
best gak la dapat lepak ramai2,
lepas ni tk tau bleh lepak macam tu lagi ke tak...
dah busy nak final,
lepas final dah cuti,
semua pakat balik kampung.

cakap pasal final,
miggu depan dah final,
aku tak rasa aku dah ready,
sem ni ade 6 paper.
separuh daripada semua paper tu aku tak confident lagi nak jawab macam mana.
takut!!!

dahhh...tak payah nak tension2 fikir pasal exam.
aku dah ngantuk ni
tido lagi best...
babai!

gambar2 kat bawah ni je aku sempat ambik. korang pernah buat exam kat stadium tak? aku ade, kau ade?takde kan???

exam macam ni senang nak tiru

sebelah ni kesatria



0 comments:

 
thank you for visiting my blog